May 18, 2009

Aku tetap sayang kamu


Aku terserempak secara tidak sengaja dengan orang yang aku sayang. Tapi, entah kenapa hatiku tidak sedebar dulu. Jika dulu, pantang nampak bayangnya sahaja jantungku terus berdegup kencang. Tapi kini, berbual dengannya pun terasa biasa-biasa sahaja.

Aku sudah mampu menerima hakikat. Mungkin. Kerana itu aku tidak berasa terlalu excited seperti dulu. Aku sayang dia. Untuknya, sentiasa ada tempat di dalam hati kecil ini. Tapi, aku tahu aku tak akan bisa memiliki hatinya. Aku tidak mahu menaruh sebarang harapan lagi. Biarlah aku berundur sebelum terlambat. Biarlah aku kecewa sekarang dari merana kemudian hari. Pengorbanan adalah harga yang perlu aku bayar kerana menyayangi lelaki ini.

Semakin aku cuba melupakannya semakin ingatan kuat padanya. Aku tak mampu melawan kerana ia perasaan. Cuma, aku berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan ujian ini. Dan aku juga tidak putus berdoa untuk kebahagiaan si dia. Walau dengan sesiapa pun wanita pilihannya kelak. Wanita itu pastinya sangat bertuah. Sedikit cemburu namun aku gembira.

Susah untuk melepaskan sesuatu yang kita sayang. Tapi aku sudah bersedia. Aku redha. Jika sayang dan cinta ini tidak dapat bersatu di dunia, moga-moga ia menantiku di syurga kelak. Dan Aku juga berdoa semoga Allah kurniakan padaku lelaki seperti dia malah mungkin lebih baik darinya. Paling penting, dia menyayangiku seikhlas hatinya.

Aku akan sentiasa mengingatimu. Dan tetap sayang kamu. Sampai bila-bila.

~ Hidup perlu realistik.

2 comments:

Amar said...

jgn risau. saya yakin stiap yg ditentukan Ilahi itu ada hikmahnya. Allah maha mengetahui, dan semuga dapat pengganti yg terbaik .
takmo sedih2 tau. :)

Pu3abdul said...

Saudara Anib, saya dah tak sedih2 lagi. Sebab hidup makin lama makin sibuk tiada masa untuk bersedih-sedih cuma jauh di sudut hati adalah rasa terkilan. But, kita hidup ni kena realistik tak leh ikut perasaan sangat. Kena rasional.
Thanks anyway for comment :)