Oct 28, 2009

Caraku tangani stress


Hidup aku ni agak boring. Rutin setiap hari sama sahaja. Pergi kerja, balik kerja, hujung minggu pergi kelas, masa lapang buat business. Takpun baca buku, ulangkaji pelajaran (lagi2 bila exam dah dekat) then...apa lagi? buat tahi mata..tulah kerja aku. Boleh la dikatakan boring. Masa aku memang pack. Aku enjoy life macam ni. Cuma, adakalanya bila dicuit-cuit sang syaitan, rasa jemu, boring dan macam2 lagi perasaan melanda jiwa, mulalah aku rasa cam berangin satu badan. Serba tak kena. Nak menangis pun ada.

Letih dan kepenatan pun iye jugak! So, kalau dah mula rasa nak menjerit-jerit tu (eh, bukan histeria ye! nauzubillah min zalik) aku akan standby lakukan 'terapi luaran' yang sedikit sebanyak dapat membantu kurangkan stress. Nak tahu apa dia?

Tengok wayang! Aku memang kaki wayang (lately je, sebelum ni tak pun)

Sebab aku ni bujang lagi dan jenis tidak suka berpacaran maka, banyak masa dihabiskan sendirian. Kebanyakan aktiviti yang dilakukan pun aktiviti solo yang tidak memerlukan orang lain untuk teman. Lagipun, bukan setiap masa kawan-kawan kita boleh temankan kita, betul tak? Orang pi tengok wayang datang berpasangan tapi aku sempoi je gi seorang-seorang.

Biasanya, aku ke KLCC untuk menonton wayang kerana itulah tempat yang paling dekat dengan rumah. Aku lebih suka tengok wayang pada hari bekerja (after office hour la). Balik dari office je aku akan terus ke sana. Dengan berpakaian formal itulah aku pergi menonton wayang dan pastinya ia sangat membantu meringankan stress aku. Lebih-lebih lagi jika menonton filem yang dibintangi pelakon yang aku minat.

Seleraku mungkin tidak sama dengan orang lain. Aku suka citer aksi, thriller & horror. Selalunya English movie la. Aku jarang layan citer romantik. Kawan-kawan aku yang kaki wayang gemarkan filem-filem cenggini. Aku pulak sebaliknya. So, kalau kami gi sama-sama pun, seorang masuk hall 1 seorang lagi hall 2. Bersepah. Tak pernah sama. Serupa pi tengok wayang seorang-seorang. Huhu.

Tadi, aku pi nonton "Law Abiding Citizen". Citer die mmg lain dari yang lain dan dilakonkan oleh pelakon mantap Jamie Foxx & Gerald Butler. Membuat sesuatu di luar dugaan kerana rasa kasih kepada orang tersayang. Walaupun ia salah di sisi undang-undang. Apapun, citer ni tak sesuai untuk remaja sebab ganas sangat. Tapi, good for those yang suka berfikir sebab jalan ceritanya agak berat dan kompleks. Aku kasik 4 stars untuk filem ini.

Minggu lepas pulak aku tonton "Surrogates". Sebab aku ni peminat cerita seperti "I am Legend", aku rasakan cerita ni pun best. Walaupun byk komen yang aku dapat; its just another typical English movie..tapi, lantaklah. Yang penting aku terhibur. Bruce Wilis memang pandai berlakon. Dia sentiasa nampak macho walaupun dah separuh abad umurnya. Maintain je.

Sehingga Disember nanti, ada beberapa buah filem yang aku tunggu-tunggu kemunculannya. Antaranya Ninja Assassin (Rain Bi sebagai pelakon utama), The Twilight Saga New Moon, 2012, & Avatar.


Aku tak tahu kenapa kebelakangan ini aku rajin sangat layan citer kat panggung. Dulu aku tak macam ni. Perasan aku, sejak mula bekerja aku buat aktiviti ni. Stress dan tension yang mendorong aku cari hiburan luar. Kadang-kadang aku rasa membazir la pulak, tapi daripada aku beli cd cetak rompak yang murah tu lebih baik aku tengok di panggung. Puas hati! Lagipun, aku bukannya seorang yang suka tengok cerita berulang kali. Sekali cukup. Kecuali cerita itu sangat-sangat aku suka. Aku sanggub beli original walaupun mahal. Jadi, boleh ulang tayang.

Aku tahu, ramai yang tidak suka. Kata mereka, ini bukannya cara yang baik. Ada berpendapat, tengok wayang itu haram! tempatnya gelap dan menggalakkan maksiat. Waahualam. Berbalik pada niat masing-masing.

Aku tidak mahu menjadikan aktiviti menonton wayang ini sebagai hobi. Ia sekadar tempat aku mengurangkan tekanan dan stress yang aku hadapi. Kadang-kadang ia memang perlu. Tetapi, kalau selalu sangat, boleh dianggap sebagai membazir. Dan membazir itukan amalan syaitan!

So, itu jelah yang aku nak coretkan di sini. Sesiapa ada cara lain untuk mengurangkan stress boleh kongsikan bersama di sini (ceh, macamlah ada orang yang baca blog ni. Huhu)

K. Jumpa lagi!

Oct 27, 2009

Airmata Seorang Lelaki


Dalam dewan mahkamah dan di hadapan hakim, berdiri sepasang suami isteri. Suami di pihak Defendan manakala isteri di pihak Plaintif. Kedua-duanya tidak bertegur sapa. Isteri ditemani seorang peguam. Segak orangnya. Bersongkok hitam berkemeja putih, berdiri di sebelah si isteri. Defendan pula tidak ditemani siapa-siapa. Sendirian. Tunduk memandang lantai.

Hakim bersuara "Plaintif, adakah kamu ingin meneruskan permohonan kamu untuk bercerai?" "Ya, Yang Arif," jawab Plaintif dengan nada yang agak tegas. Bergoncanglah Arash, mungkin...

"Kamu Defendan, adakah bersetuju dengan permohonan Plaintif bercerai secara baik di bawah seksyen 47?" Hakim bertanya.

Tiada tindak balas. Defendan diam. Tidak bersuara.

Hakim mengulang pertanyaannya semula.

Tiba-tiba dewan dikejutkan dengan suara rintihan sayu. Sayup kedengaran..tangisan seorang lelaki.

Dewan terasa sunyi sepi. Terbit sayu di hati setiap yang melihat. Timbul persoalan. Apakah sebenarnya yang mengheret pasangan ini sehingga membawa kepada perpisahan? Terlalu besarkah masalah sehingga tidak boleh diselesaikan secara baik dan sakinah tanpa berlakunya perceraian?

Setelah dinasihati, Defendan akhirnya melafazkan talaq satu terhadap Plaintif. Suaranya ketika itu cukup membuat sesiapa yang mendengar merasa begitu sayu. Air mata terus berlinang. Sesekali disapu. Mungkinkah apa yang dilakukan bukan dengan kerelaan. Separuh terpaksa?

Waahualam.

Aku hanya mampu memerhati drama pentas dunia yang semakin kompleks ini. Termenung aku berfikir. Mengapa di usia lanjut seperti itu, kita masih lagi berhadapan dengan masalah hubungan antara suami isteri? Sepatutnya di usia senja begitu kita tidak lagi dibebani dengan terlalu banyak masalah apatah lagi masalah yang selalunya dihadapi oleh pasangan muda yang masih mentah dan tidak tahu asam garam hidup berumahtangga.

Tengahari itu aku tiada selera. Ia benar membunuh seleraku. Sangat merobek hatiku tatkala melihat si lelaki berlalu pergi sambil menekup wajahnya cuba menyapu airmata yang berlinangan. Sambil tersedu-sedu dia cuba menyembunyikan wajahnya yang menjadi perhatian umum.

Manakala si isteri begitu tenang sepanjang sesi. Tiada setitik air mata yang tumpah. Tegarnya dia. Begitu tabah. Sudah lali dan mungkin tiada lagi air mata yang berbaki untuk ditangisi.

Hatiku berbisik kecil...Semoga jalan yang dipilih ini adalah yang terbaik buat kalian berdua! Dan ingatlah ini; Apa yang baik di mata kita, tidak semestinya baik di sisi Allah SWT. Begitu juga sebaliknya.

Waahualam

Oct 26, 2009

kaki



Cuba teka siapa punya kaki?

Ni kerja orang yang tak ada benda berfaedah lain yang nak dibuat. Termasuklah orang yang menulis ni (tak ada idea lain lagi ka nak tulis?)

Saje je.. buang tebiat jap.

p/s: Kaki-kaki mereka inilah sebenarnya pengubat rindu aku. Kalau rindu, aku tengok gambar ni.. Betapa gambar ini ada nilai sentimental yang sgt tinggi. Kaki pun boleh menunjukkan kemesraan adik beradik. Betul. Tak tipu. Hahaha. Sewel!

Oct 25, 2009

Gosip Open House




Hujung minggu lepas banyak kenduri yang aku pergi. Full pagi petang. Kenduri belah pagi tu telah menemukan aku dengan kawan-kawan lama ketika belajar di overseas dulu.Wah, kalau dulu kami muat je duduk di meja bulat kerusi 10 buah tu. Tapi sekarang, dengan anak berderet-deret memang tak dapat nak selit-selit. Haha.

Aku senyum sendiri. Orang lain dah beranak pinak, aku masih solo lagi (ops, aku baru 24 ok. Not too late) Last-last, aku yang kena ambil turn jaga anak depa sementara mak ayah depa dok layan anak yang lain. Ni Aunty Vogue, bab layan-layan budak tak de masalah punyer!

Selesai kenduri kat Shah Alam tu, aku bergegas pulak ke Setapak. Kali ini jemputan dari office mate aku. Dia memang humble orangnya. Dok rumah kampung, kiri kanan pokok. Macam-macam pokok ada. Rambutan, jambu. Aduh, meleleh aku tengok. Waktu aku sampai tu, hujan baru je berhenti. Sejuk. Rasa nyaman. Macam bukan kat KL pulak.

Kat majlis dia tu, punyalah ramai orang. Mak dia masak sedap. Paling menarik selera aku adalah masakan rendang minang mak die. Aduh, bertambah-tambah aku makan. Adik beradik dia tak habis-habis suruh aku tambah. Habis tambah. Mana tak naik berat badan aku.

Dah makan, berborak pulak. Ramai juga lawyer yang datang. Dari Ram Reza terutamanya. Dapatlah aku kenalan baru seorang dua. Si mamat HM tu tak datang pulak, tak nampak pun batang hidung die.

Selesai hari Sabtu, Ahad pulak. Kali ni kat Gombak rumah kawan ayah aku. Kena datang sebab aku memang biasa dengan uncle dan wife dia tu. Waktu kat overseas dulu, aku duduk lepak rumah diaorg adalah dalam 6 bulan cam tu sebelum pulang for good ke Malaysia. Memang rapat.

Cam biasa, bila aku pergi majlis2 yang berkaitan dengan orang-orang yang pernah aku kenal waktu di overseas dulu, secara tak langsung pasti 'nama si dia' berkumandang dan singgah di telinga. Haih, pelik betul aku. Femes sangat ke mamat tu? Semua orang nak tahu pasal dia? Masalahnya, janganlah tanya aku. Manalah aku tahu. Aku tak ada kena mengena langsung dengan dia. Pelik-pelik.

Dulu aku boleh la take it for granted. Lama-lama naik berbulu telinga ni dengar nama dia (aik, benci ke?) Bukan membenci, tapi tolonglah! Aku tak mahu dikaitkan dengan sesiapa. Tak sepatutnya aku dikaitkan. Bagi aku ruang untuk hidup tenang, boleh?

Anyway, ada soalan gempak yang diaorg tanyakan pada aku. Betul ke dia nak kahwin bulan 3 ni?? oooo nak kahwin. Selamat-selamat. Aku doakan dia selamat insyallah. Selamat segalanya. Bahagia hendaknya. Kan bagus kahwin awal, elak fitnah, betul tak?

Apapun aku doakan yang terbaik untuk sahabat-sahabat aku. Moga jalan yang dipilih tu adalah yang terbaik. Hidup kena berani!

K, aku tak de apa lagi nak citer. Minggu depan cadang nak gi tengok kelip-kelip kat Kuala Selangor (eh, korang tahu ke apa maknanya? alah si kunang-kunang tu). Dah lama aku kepingin nak tengok huhu.