May 30, 2009

Jauh terasa dekat


Salam. Aku masih lapang untuk 4 kali hari minggu bagi bulan 6 akan datang ini. Kelapangan aku itu akan digunakan untuk belajar memandu, mengulangkaji pelajaran untuk SPM (sbg calon persendirian) pada bulan 12 ini serta menguruskan business iaitu kerja sampingan yang aku buat selama ni. Kesemua ini aku perlu lakukan dengan baik dan sistematik agar hasilnya cemerlang.

Aku telah membatalkan trip ke Kedah pada khamis lalu untuk program sukarelawan. Sebab, pada awalnya aku dijadualkan melapor diri untuk bertugas pada 1hb Jun ini. Akan tetapi, salah seorang peguam di firma tersebut akan bertukar kerjaya (join gomen) bermula Isnin ini. Jadi, terpaksalah aku mengambil alih serba sedikit kerjanya dan terpaksa belajar segala perkara yang boleh aku belajar darinya dalam masa seminggu (aku masuk office hari Isnin 25hb yg lalu). Agak terkilan kerana tidak dapat menyertai rakan-rakan walaupun sudah berjanji untuk berbuat demikian sejak program di Perlis lagi. Maafkan aku. Dalam keadaan sekarang ni, aku kena pilih yang paling utama dari perkara-perkara yang utama. Atau dlm Bahasa Arab "awla min awlawiat"

Oh ya, abah aku akan pulang dalam masa terdekat. Bukan pulang for good. Dia ada meeting dan kursus sekitar 4-5 hari. Aku pun tak pasti. Selalunya dia akan bermalam di hotel je. Tapi, kadang-kadang jadi terbalik. Macam aku cerita dalam post lalu. Abah aku memang kelakar. Ikut suka hati dia je.

Aku tak tahu berapa lama lagi Abah dan Mama akan berada di sana. Pokoknya, aku rindu Mama. Dah setengah tahun aku tak jumpa dia. Semalam aku call Mama. Dia kata tgh busy buat kek. Dalam masa 4 hari dia berjaya buat 19 buah kek. Pulak, kek bukan sebarang kek. Masyallah. Mama aku memang superwoman. Nampaknya, banyak la income Mama bulan ini. Alhamdulillah.

Yang paling aku suka, bila mama cerita sepanjang 4 hari tu, Abah yang bangun masak sarapan untuk semua orang sebelum pergi kerja.. Bapa mithali sungguh. Ceh, kalau aku cakap depan Abah macam ini, tentu kembang bontot dia. Tapi, aku akui Abah memang boleh buat semua kerja rumah. Dulu waktu aku kecik2 dan Mama sambung belajar di universiti, Abahlah yang jaga kami adik beradik. Lagi-lagi si Hajiqa yang ketika itu baru berumur 2 tahun. Takde pembantu rumah pun.

Sebab itu aku kata, hidup ini memang sentiasa menuntut pengorbanan. Tak kiralah kecil ke besar ke. Memang susah. Tapi, kalau kita fikir Aku Boleh!, boleh punyer. Lagi2, kalau ada yang dok menyokong Kau Boleh!

Apahal pulak aku merepek kat sini. Kesian korang yang baca kan? Tapi, aku rindu Mama sebenarnya. Serius. Rindu teramat. Kadang-kadang aku pernah merungut sendiri. Sudahlah dulu aku belajar jauh, balik je mereka pulak terbang jauh. Apa kes?

Kira aku ni tahap kekurangan kasih sayanglah. Ada ke patut kengkawan aku kata macam tu? Tak patut-tak patut.

Ini semua pengorbanan, kawan. Kalau difikirkan, bila berjauhan hubungan kita sekeluarga akan jadi sangat rapat dan akrab. Tapi, apabila selalu bersama mulalah bergaduh, bertekak, perang mulut. Haih, macam-macam.

Aku pernah berangan, nak cari suami yang kerjayanya menuntut dia selalu outstation. Selalu jauh, komunikasi menjadi lebih unggul dan kita akan hargai setiap masa bersama utk digunakan sebaiknya. Hahah. Macam tu pulak?

Hidup aku. Macam-macam ragam.

2 comments:

Amar said...

Hi. pu3.
lupe nak bgtau. saya dh link blog awk.
setuju ngan awak. bersama keluarga itu mmg sronok dan bahagia, tapi kadang2 perlu berjauhan sekalisekala supaya rasa rindu dan lebih menyanyangi mrk.
yela, sifat manusia ni selalu 'take for granted', kurang menghargai apa yg ada didepn mata. (sy pun kdg2 terlalai)trima kasih krn crita awk mengingatkan sy.

Pu3abdul said...

Anib,
jauh dimati dekat dihati. dekat dimata dekat dihati juga. :)