Aku faham perasaan dia. Pasti puas dapat menolong orang . Aku yakin dia pasti berasa senang hati dengan apa yang dia buat. Dan bagi pengemis itu, dia pun sama tumpang gembira kerana berjaya mendapatkan t-shirt tersebut.
Begitulah. Terlalu ramai orang susah di luar sana. Apa yang boleh aku buat untuk menolong mereka ya? Usaha yang aku buat selama ini aku rasa tak pernah cukup. Aku kena berusaha lebih lagi. Cemburu aku lihat si penulis blog itu. Tapi, aku pun terfikir jikalau si pengemis itu datang kepadaku, apa pula yang dapat aku berikan padanya? Tentu tidak sama keadaaannya. Sebab itu memang telah ditakdirkan dia-penulis bertemu dengan pengemis itu.
********
Minggu ini aku tidak ke mana-mana. Ikut perancangan, aku dijadualkan ke Kedah pada 27hb ni. Seterusnya Perak pada minggu berikutnya. Bulan ini sehingga Ogos nanti memang akan padat dengan program-program. Dalam masa yang sama aku juga sibuk dengan kerja dan exam yang bakal menjelang. Memang penat tapi aku selalu ingatkan diri sendiri, orang muda jiwa perlu muda. Stamina diri pun mesti seperti orang muda. Masa inilah aku perlu rebut peluang yang ada. Perlu cari sebanyak mungkin pengalaman. Masa bujang ini jugalah aku masih berpeluang ke hulu ke hilir. Esok lusa bila sudah berumahtangga, pasti pergerakan pun terbatas kerana komitmen lain. Orang perempuan perlu fikir ini semua. Tidak sama keadaannya dengan orang lelaki.
Oh ya, aku masih belum berkesempatan berkongsi dengan kalian gambar-gambar ketika aku dan rakan-rakan lain berprogram di Utan Aji, Kangar Perlis pada minggu lepas. Nanti aku akan upload di sini. Sekarang internet connection tidak berapa baik. Maklum sahajalah. Hujan.
Cerita tentang hujan, aku teringat satu kenangan seorang lelaki di tempat aku berprogram menghulurkan kepadaku daun pisang agar aku tidak terkena hujan. Haha. Sangat comel. Dan lebih comel lagi apabila melihat sekumpulan manusia sama-sama menggunakan daun pisang untuk menutup kepala. Satu fenomena yang kita tak akan dapat lihat di bandar.
Haih, kenangan selalu mengusik. Ia datang dan pergi. Tapi, tidak pernah hilang. Ia sumber inspirasi. Bagi orang seperti aku :)
No comments:
Post a Comment