"Saya dah jumpa dengan orang yang saya cari dalam hidup selama ini "
Itulah kata-katanya yang paling meruntun jiwa dan menyentap sanubari. Kerna aku tahu, aku bukanlah orang yang dimaksudkannya...Tetapi, si gadis manja dan lemah lembut itu. Sungguh bertuah dia. Kerana berjaya mencuri hati orang yang aku cinta selama ni.
Cinta itu rasa. Dan rasa itu anugerah. Kita tidak boleh meletakkan kriteria seseorang untuk mendapatkan rasa itu. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku ada rasa terhadap dia. Begitu juga, aku tidak boleh mempertikaikan kenapa dia memilih gadis itu. Ini kerana kita semua ada rasa :- Rasa cinta.
Rasa cinta itu adalah anugerah Allah SWT kepada setiap manusia. Supaya kita boleh berbagi rasa. Merasa mencintai dan dicintai. Ia perasaan yang sungguh halus. Suci dan murni jika tidak berlandaskan nafsu semata.
Kerana itu aku pasrah, aku redha. Ini mungkin bahagian untukku di dunia. Aku tidak berjaya memiliki orang yang aku cinta. Walau bertahun sudah aku pendam rasa cinta itu. Ia berakhir begini kerana inilah yang Allah SWT mahu. Dia lebih tahu apa yang terbaik buatku kerana Dia tahu ada yang lebih baik dari itu.
Aku mulai akur dengan pengorbanan perasaan. Allah menguji aku dengan ujian begini untuk mendidik hati ini. Dia ingin melihat sejauh mana rasa kecintaan aku. Adakah melebihi rasa kecintaanku terhadapNya.
Ya Allah, aku masih mampu berhadapan dengan dugaan ini kerana bantuan dariMu. Aku hampir tewas di awal waktu kerana tidak mudah melupakan kenangan lalu. Ada angan dan impian yang tidak kesampaian. Rasa kecewa yang teramat. Rasa terkilan yang tidak terperi.
Alangkah indahnya jika cinta yang aku hulurkan dibalas. Tapi, Allah menjadikan hidup ini penuh keadilan. Mungkin cinta yang ada itu belum betul sempurna. Atau mungkin, aku sendiri yang belum layak untuk mengecapinya. Belum tiba masanya.
Aku bersangka baik. Allah cinta mereka yang bersangka baik. Kerana sangka Allah adalah dalam sangkaan hambaNya.
1 comment:
semuanya berhikmah. semestinya. dan yang baik bagi orang lain, tidak semestinya baik bagi kita. sebab mungkin akan ada yang lebih baik untuk kita. malah lebih baik dari org lain. insyaAllah. Allah maha Adil.
Post a Comment