May 30, 2009

Jauh terasa dekat


Salam. Aku masih lapang untuk 4 kali hari minggu bagi bulan 6 akan datang ini. Kelapangan aku itu akan digunakan untuk belajar memandu, mengulangkaji pelajaran untuk SPM (sbg calon persendirian) pada bulan 12 ini serta menguruskan business iaitu kerja sampingan yang aku buat selama ni. Kesemua ini aku perlu lakukan dengan baik dan sistematik agar hasilnya cemerlang.

Aku telah membatalkan trip ke Kedah pada khamis lalu untuk program sukarelawan. Sebab, pada awalnya aku dijadualkan melapor diri untuk bertugas pada 1hb Jun ini. Akan tetapi, salah seorang peguam di firma tersebut akan bertukar kerjaya (join gomen) bermula Isnin ini. Jadi, terpaksalah aku mengambil alih serba sedikit kerjanya dan terpaksa belajar segala perkara yang boleh aku belajar darinya dalam masa seminggu (aku masuk office hari Isnin 25hb yg lalu). Agak terkilan kerana tidak dapat menyertai rakan-rakan walaupun sudah berjanji untuk berbuat demikian sejak program di Perlis lagi. Maafkan aku. Dalam keadaan sekarang ni, aku kena pilih yang paling utama dari perkara-perkara yang utama. Atau dlm Bahasa Arab "awla min awlawiat"

Oh ya, abah aku akan pulang dalam masa terdekat. Bukan pulang for good. Dia ada meeting dan kursus sekitar 4-5 hari. Aku pun tak pasti. Selalunya dia akan bermalam di hotel je. Tapi, kadang-kadang jadi terbalik. Macam aku cerita dalam post lalu. Abah aku memang kelakar. Ikut suka hati dia je.

Aku tak tahu berapa lama lagi Abah dan Mama akan berada di sana. Pokoknya, aku rindu Mama. Dah setengah tahun aku tak jumpa dia. Semalam aku call Mama. Dia kata tgh busy buat kek. Dalam masa 4 hari dia berjaya buat 19 buah kek. Pulak, kek bukan sebarang kek. Masyallah. Mama aku memang superwoman. Nampaknya, banyak la income Mama bulan ini. Alhamdulillah.

Yang paling aku suka, bila mama cerita sepanjang 4 hari tu, Abah yang bangun masak sarapan untuk semua orang sebelum pergi kerja.. Bapa mithali sungguh. Ceh, kalau aku cakap depan Abah macam ini, tentu kembang bontot dia. Tapi, aku akui Abah memang boleh buat semua kerja rumah. Dulu waktu aku kecik2 dan Mama sambung belajar di universiti, Abahlah yang jaga kami adik beradik. Lagi-lagi si Hajiqa yang ketika itu baru berumur 2 tahun. Takde pembantu rumah pun.

Sebab itu aku kata, hidup ini memang sentiasa menuntut pengorbanan. Tak kiralah kecil ke besar ke. Memang susah. Tapi, kalau kita fikir Aku Boleh!, boleh punyer. Lagi2, kalau ada yang dok menyokong Kau Boleh!

Apahal pulak aku merepek kat sini. Kesian korang yang baca kan? Tapi, aku rindu Mama sebenarnya. Serius. Rindu teramat. Kadang-kadang aku pernah merungut sendiri. Sudahlah dulu aku belajar jauh, balik je mereka pulak terbang jauh. Apa kes?

Kira aku ni tahap kekurangan kasih sayanglah. Ada ke patut kengkawan aku kata macam tu? Tak patut-tak patut.

Ini semua pengorbanan, kawan. Kalau difikirkan, bila berjauhan hubungan kita sekeluarga akan jadi sangat rapat dan akrab. Tapi, apabila selalu bersama mulalah bergaduh, bertekak, perang mulut. Haih, macam-macam.

Aku pernah berangan, nak cari suami yang kerjayanya menuntut dia selalu outstation. Selalu jauh, komunikasi menjadi lebih unggul dan kita akan hargai setiap masa bersama utk digunakan sebaiknya. Hahah. Macam tu pulak?

Hidup aku. Macam-macam ragam.

May 21, 2009

Apa aku buat hari ni?


Hari ini aku temankan Hoda ke kampus INCEIF (International Centre for Education in Islamic Finance) yang terletak di tingkat 2 bangunan Tun Razak, Jalan Raja Laut. Kami ke sana kerana ingin mendapatkan penjelasan lanjut tentang professional program yang Hoda bakal ambil bulan hadapan. Aku sangat menyokong keputusannya. Kerana aku tahu, dia memang teramat minat dengan Islamic Finance walaupun bergelar graduan undang-undang. Ia bagus kerana dapat memperluaskan skop pengetahuan dan kemahirannya. Dan antara kedua bidang tersebut sebenarnya saling berkaitan.

Apapun, aku yakin apabila minat bertembung dengan keperluan, ia menjadi satu kegilaan. Eh betul ke ni? Pendapat aku la. Tak de kena mengena dengan yang lain.

Itu aktiviti aku petang tadi.

Sebelah pagi pula?

Hah, awal-awal pagi aku dah pergi menerawang ke Wangsa Maju. Gi interview dekat satu legal firm ni. Dah nak masuk setengah tahun, aku tak buat2 juga chambering. Haih, parah. Banyak sungguh aktiviti aku sampai terpaksa postpone cita-cita asal. Mujurlah parents aku tak bising. Tapi, aku malu sendiri la wei.

Ok. Kembali ke cerita. Aku memang tak pernah sampai ke kawasan tu. Yelah. Wangsa Maju kan besar. Manalah sempat nak pusing habis. Itulah first time aku tahu ada Pizza Hut kat kawasan tu. Terima kasih kepada Encik Google Map yang banyak membantu aku mencari the exact location of the firm. Kalau tidak, mati kutu aku. Pemandu teksi pun tak tahu wei.

So, sampai2 kat sana aku terus observe dalam setengah jam. Bas apa yang lalu kawasan tu. Rapid ke Metro ke. Apa-apa jelah asalkan bas awam. Senang aku nak ulang alik. Kot-kot aku betul2 dapat kerja situ. Tak delah susah aku nak memikirkan soal pengangkutan.

Aku jejak kaki di ofis mereka jam 10:03 pagi. Fuh, teror tak? Haha. Kira awal la tu sebab bos yang suruh aku datang sekitar jam 10-11 pagi. Dia tak bagi pun waktu yang tepat. So pepandai sendiri la.

Sesi temuduga. Apa yang boleh aku kata ialah dia memang agak 'impress' la dengan sijil degre aku. Kenapa? Haha biarlah aku je yang tahu kenapa. Wakakak. Banyak juga soalan dia tanya. Tapi lebih kepada problematic questions. Aku memang suka cam tu. Teruji minda aku sekejap. Gelabah + tekanan + harga diri. Hasilnya tentulah baik sekali. Haha. Sebab, bila ada presure kita mampu bertindak lebih dari kemampuan kita. Lebih kurang macam booster la. Bagus kan?

Apapun, aku tunggu call dari tuan master. Dalam sehari dua ni kalau tak ada panggilan kira nothing la. Tapi, cara dia approach aku tadi macam beriya nak ambil aku. Apa-apa jelah labu.

Kalau aku jadi buat chambering bulan depan, aku juga bakal sambung belajar dalam masa yang sama tapi separuh masa. Sabtu dan Ahad sahaja. Lega sungguh aku bila dengar diaorg ada offer course untuk part time. Walaupun mahal sedikit. Emm sedikit? Banyak juga beza amount fee tu antara full time dan part time. Tapi, bantai jelah. Aku tak kira. Aku mahu buat 2-3 kerja dalam satu masa. Sekali jalan. Jimat masa. Hopefully aku boleh cope and do better.

Tapi, cuba korang bayangkan. Weekdays kerja kemudian weekends gi kelas. So, bila masa aku nak rehat? Dan macamana dengan program dan aktiviti luaran aku? Pergh, mereng kepala aku. Dan ia akan berterusan untuk tempoh setahun setengah. Adeh, mampukah aku?

Oklah. Tak de pe nak citer lagi. Mata pun dah kuyu. Aku ngantuk. Mahu tidur. Walaupun malam masih muda.


May 18, 2009

Aku tetap sayang kamu


Aku terserempak secara tidak sengaja dengan orang yang aku sayang. Tapi, entah kenapa hatiku tidak sedebar dulu. Jika dulu, pantang nampak bayangnya sahaja jantungku terus berdegup kencang. Tapi kini, berbual dengannya pun terasa biasa-biasa sahaja.

Aku sudah mampu menerima hakikat. Mungkin. Kerana itu aku tidak berasa terlalu excited seperti dulu. Aku sayang dia. Untuknya, sentiasa ada tempat di dalam hati kecil ini. Tapi, aku tahu aku tak akan bisa memiliki hatinya. Aku tidak mahu menaruh sebarang harapan lagi. Biarlah aku berundur sebelum terlambat. Biarlah aku kecewa sekarang dari merana kemudian hari. Pengorbanan adalah harga yang perlu aku bayar kerana menyayangi lelaki ini.

Semakin aku cuba melupakannya semakin ingatan kuat padanya. Aku tak mampu melawan kerana ia perasaan. Cuma, aku berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan ujian ini. Dan aku juga tidak putus berdoa untuk kebahagiaan si dia. Walau dengan sesiapa pun wanita pilihannya kelak. Wanita itu pastinya sangat bertuah. Sedikit cemburu namun aku gembira.

Susah untuk melepaskan sesuatu yang kita sayang. Tapi aku sudah bersedia. Aku redha. Jika sayang dan cinta ini tidak dapat bersatu di dunia, moga-moga ia menantiku di syurga kelak. Dan Aku juga berdoa semoga Allah kurniakan padaku lelaki seperti dia malah mungkin lebih baik darinya. Paling penting, dia menyayangiku seikhlas hatinya.

Aku akan sentiasa mengingatimu. Dan tetap sayang kamu. Sampai bila-bila.

~ Hidup perlu realistik.

Puas bila dapat tolong orang

Tadi, aku membaca satu blog yang menceritakan kisah penulisnya memberi baju t-shirt yang dipakainya kepada seorang pengemis. Setelah memberitahu si pengemis bahawa penulis hanya seorang pelajar dan tidak berkemampuan, pengemis tersebut bertanya pula tentang t-shirt yang dipakai penulis. Lalu diberikan dengan hati terbuka. Aku nak cakap. Apa yang dia buat tu memang a noble thing. Aku salute. Semoga Allah redha akan dia.

Aku faham perasaan dia. Pasti puas dapat menolong orang . Aku yakin dia pasti berasa senang hati dengan apa yang dia buat. Dan bagi pengemis itu, dia pun sama tumpang gembira kerana berjaya mendapatkan t-shirt tersebut.

Begitulah. Terlalu ramai orang susah di luar sana. Apa yang boleh aku buat untuk menolong mereka ya? Usaha yang aku buat selama ini aku rasa tak pernah cukup. Aku kena berusaha lebih lagi. Cemburu aku lihat si penulis blog itu. Tapi, aku pun terfikir jikalau si pengemis itu datang kepadaku, apa pula yang dapat aku berikan padanya? Tentu tidak sama keadaaannya. Sebab itu memang telah ditakdirkan dia-penulis bertemu dengan pengemis itu.

********
Minggu ini aku tidak ke mana-mana. Ikut perancangan, aku dijadualkan ke Kedah pada 27hb ni. Seterusnya Perak pada minggu berikutnya. Bulan ini sehingga Ogos nanti memang akan padat dengan program-program. Dalam masa yang sama aku juga sibuk dengan kerja dan exam yang bakal menjelang. Memang penat tapi aku selalu ingatkan diri sendiri, orang muda jiwa perlu muda. Stamina diri pun mesti seperti orang muda. Masa inilah aku perlu rebut peluang yang ada. Perlu cari sebanyak mungkin pengalaman. Masa bujang ini jugalah aku masih berpeluang ke hulu ke hilir. Esok lusa bila sudah berumahtangga, pasti pergerakan pun terbatas kerana komitmen lain. Orang perempuan perlu fikir ini semua. Tidak sama keadaannya dengan orang lelaki.

Oh ya, aku masih belum berkesempatan berkongsi dengan kalian gambar-gambar ketika aku dan rakan-rakan lain berprogram di Utan Aji, Kangar Perlis pada minggu lepas. Nanti aku akan upload di sini. Sekarang internet connection tidak berapa baik. Maklum sahajalah. Hujan.

Cerita tentang hujan, aku teringat satu kenangan seorang lelaki di tempat aku berprogram menghulurkan kepadaku daun pisang agar aku tidak terkena hujan. Haha. Sangat comel. Dan lebih comel lagi apabila melihat sekumpulan manusia sama-sama menggunakan daun pisang untuk menutup kepala. Satu fenomena yang kita tak akan dapat lihat di bandar.

Haih, kenangan selalu mengusik. Ia datang dan pergi. Tapi, tidak pernah hilang. Ia sumber inspirasi. Bagi orang seperti aku :)

May 17, 2009

"Mah..kau akan menyesal"

Malam semalam, tiba-tiba je aku terasa nak tonton filem seram. Tapi, tak jadi sebab baru aku perasan aku tinggal seorang di rumah. Penakut! Tapi, kalau korang nak tahu, aku ni sebenarnya seorang yang berani. Cuma entah kenapa, sejak dua menjak ni aku rasa semacam je rumah ni. Isk iskh.. Solat aku tak betul agaknya.

So, aku pun tukar channel. Tengok cerita Seniman Bujang Lapok. Tahap kesukaan aku pada cerita-cerita lama ini tidaklah setinggi cerita Hollywood, tapi apabila orang yang aku sayang asyik ulang skrip dari dalam filem ini, aku pun mula mengubah perspektif aku. Dan sesungguhnya, terlalu tinggi nilai karya filem-filem lama ini. Kenapalah aku tak nampak benda-benda ni dari dulu? Haih...

Selesai menonton, aku teringin pula dengar lagu-lagu ciptaan P.Ramlee yang ada dalam filem-filem dia. So, malam tadi aku dibuai asyik lagu Tanya Sama Hati. Lagu ini ada dalam filem Anakku Sazali. Aku sangat suka liriknya. Dan juga suara P. Ramlee yang merdu tu. Waktu ni, P.Ramle masih muda, kurus dan sangat tampan ok. Apapun, meh kita hayati lirik dia.

Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang
Tanya sama angin apa sebab goncang,
Nanti jawab angin tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Apakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Mula tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerna sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang.
Andai jemu mengganti rindu,
Jambangan rindu tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Best kan lirik dia. Korang pun boleh enjoy tengok di Youtube. Klik sini. Aku ni penggemar sajak dan puisi. Lebih-lebih lagi yang berkait dengan cinta dan kehidupan ini. Aku juga suka syair-syair berunsur agama. Buku La Tahzan umpamanya, banyak menyelitkan syair-syair. Aku ulang-ulang baca buku tu. Yang paling aku suka adalah bait syair di dalam bab Jangan Bergantung Kepada Selain Allah iaitu :

Semoga hidupmu selalu indah
Selagi hidup manusia lainnya terasa pahit
Semoga engkau sentiasa nyaman
Selagi banyak manusia merasa hidup tertekan.
Jika cinta yang kau miliki adalah cinta sejati
Maka segalanya akan menjadi mudah.
Setiap yang berada di atas tanah adalah tanah juga.

Kerdilnya aku rasa diri ini.