Apr 2, 2009

Kawal Perasaan

"Mana semua orang? Makan gaji buta ke? Saya nak laporan ini siap dan mesti ada di atas meja saya jam 8 pagi esok! Faham?"

Dia hanya terseyum dan ketawa. Benggang sungguh muka bos. Merah padam. Kami yang lihat ini terpinga-pinga. Tidak takutkah dia pada bos?

"Bos marah macam singa lapar kau masih boleh tersenyum lagi?" tegurku.

"Hei, kau perlu tahu ini. Marah itu hak dia. Tapi, ini perasaan aku. Suka hati akulah mahu senyum, ketawa atau sedih. Dia tak boleh buat apa-apa," jawab dia bersahaja.

Aku mati akal.

Benar apa yang dikata. Inilah yang dinamakan mengawal perasaan. Bukan semua manusia mampu lakukan ini. Tapi, kita boleh buat jika kita mahu. Kita boleh praktikkan jika kita benar bersungguh.

Tenang. Cool dan bersahaja walaupun serius. Aku suka mereka yang punya sifat ini. Aku juga mahu menjadi seperti mereka. Kawal perasaan. Tenang. Damai. Tidak kelam kabut. Tidak gentar berdepan pihak lawan. Tidak lut walaupun di herdik, di hina. Sungguh tabah.

Cemburunya.

No comments: