Aku memulakan entry pertama bulan April tentang kisah jejaka manis ini. Melihat wajahnya, tak akan terlintas di fikiran bahawa dia seorang pembunuh. Wajah yang kacak, tenang dan berkeperibadian baik mampu mengaburi mata banyak pihak. Aku hanya mengikuti perjalanan hidup lelaki ini setelah rahsianya terbongkar dan ditangkap setelah penemuan sebuah beg di tepi sebuah jalan raya yang mengandungi anggota badan mangsa yang telah di kerat-kerat. Itu salah satu mangsa dari 11 orang kesemuanya. Mungkin juga lebih.
Lelaki ini, ada sesuatu yang menggangu fikirannya. Walaupun memiliki wajah yang tampan, yang macho seperti banyak lelaki lain idamkan akan tetapi dia suka berpelakuan seperti seorang gadis, menata rias wajahnya (make up), memakai pakaian yang cantik-cantik dsbnya. Perubahan ini bermula di bangku sekolah menengah atas.
Apabila meningkat dewasa, dia lebih banyak bergaul intim dengan lelaki dan akhirnya kehidupan sebagai gay menjadi keseronokan yang tidak terhingga. Jadi, tidak hairanlah kebanyakan mangsa korban adalah golongan gay yang berpacaran dengannya. Ketika aku membaca kisahnya di laman web akhbar-akhbar seberang, aku tersenyum sinis. Lelaki ini memang hebat.
Antara taktik yg biasa digunakan oleh Ryan untuk memperdaya mangsanya adalah dengan menghantar sms-sms puitis dan sangat mengharukan terutama kepada perempuan yang dia minat. Salah seorangnya adalah penghibur Indonesia serba boleh, Dolce Gamalama. Mujurlah si Dolce ni tidak melayan sangat sms dari Ryan kerana katanya dia memang sudah lali dengan kiriman sms-sms dari orang yang tidak dikenali untuk berkenalan, menikah dsbnya. Cuma apa yg membuatkan Dolce masih mengingati Ryan adalah kerana bait-bait sms yang dihantarnya sangat menusuk jiwa dan begitu puitis. Mujurlah Dolce mengambil sikap berhati-hati. Nasib Dolce memang lebih baik dari mangsanya yang lain.
Baru-baru ini, Ryan sekali lagi menggemparkan masyarakat Indonesia kerana berjaya menghasilkan sebuah album yg berjudul My Last Performance yang memuatkan lagu-lagu ciptaannya yang diinspirasikan dari kehidupan masa silam. Yang menariknya, hasil kerja album ini di ilhamkan di penjara. Sesuatu yang bukan semua banduan mampu lakukan. Antara lagu yang dimuat dalam album tersebut adalah Maafkan Saya Ibu dan juga Sun. Aku jangka ia pasti meletup macam kuih bom yang di jual di gerai Makcik Leha tu.
Aku terfikir, jikalau sajak dan syair-syair puitis dan jiwang yang pernah di hasilkan si Ryan sebelum ini dikumpulkan dan dibukukan pasti bertambah-tambah meletup dan masyhurnya si pemilik nama Verry Idham Henyansyah ini. Aku sendiri rasa teruja nak lihat. Hebat sangatkah?
Apapun, ini kata-kata jujur dari aku. Wahai Ryan, aku doakan kau sempat bertaubat sebelum ajal tiba. Ada baiknya kau meringkuk di penjara kerana ia merupakan tempat dan wadah yang terbaik utk kau mengenal semula asal usul mu dan kejadian alam semesta ini. Dunia di luar sana yang merosakkan kau. Sucikan dirimu seperti saat Ibu melahirkan kau. Moga kau dapat akhiri kehidupan ini dengan kekesalan atas perbuatan mu dan mohonlah keampunan dari Allah SWT kerana sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.